Trendaavat aiheet
#
Bonk Eco continues to show strength amid $USELESS rally
#
Pump.fun to raise $1B token sale, traders speculating on airdrop
#
Boop.Fun leading the way with a new launchpad on Solana.

Anwar Ibrahim
Prime Minister of Malaysia 🇲🇾
Mengadakan pertemuan penuh makna bersama pimpinan dan anggota KEADILAN dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Pertemuan ini sarat dengan perbincangan isu semasa termasuk sesi penerangan terkait pengumuman buat rakyat tempoh hari selain hala tuju perjuangan dan pengukuhan kekuatan parti.
Saya tekankan bahawa setiap cabang mesti terus turun santuni rakyat, perkemas gerak kerja dan jangan sekali-kali rasa selesa.
Pimpinan pelbagai kaum juga mesti pastikan segala dasar, inisiatif dan bantuan yang diumumkan Kerajaan MADANI diterangkan dengan jelas kepada rakyat. Jangan biar mereka dikelirukan oleh naratif serong pembangkang.
KEADILAN ini sebuah keluarga besar. Maka, kita perlu sentiasa memperkukuh hubungan sesama kita, terus maju ke hadapan dan bawa perubahan demi rakyat dan masa depan negara.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
#BersamaMalaysiaku
#KitaKEADILAN




2,55K
Saya berkesempatan meninjau kemajuan projek pembangunan infrastruktur bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Kawasan MUDA, khususnya di Batu 7, Kampung Kemboja, Ayer Hitam, Kedah.
Inisiatif ini amat dekat di hati saya. Justeru, pelaksanaan yang pantas dan penyelarasan yang berkesan amat penting bagi meningkatkan keupayaan pesawah tempatan serta memastikan hasil tuaian yang lebih mampan.
Saya menyeru Kerajaan Negeri dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) agar terus bertindak dengan segera dan secara bersepadu untuk menjayakan agenda penting ini.
Saya yakin bahawa ikhtiar berani Kerajaan MADANI ini akan membawa reformasi menyeluruh kepada ekosistem industri padi dan beras negara sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import dan memperkukuh kadar sara diri beras negara.
Kerajaan MADANI sentiasa mendengar suara pesawah, memahami keperluan mereka, dan berazam untuk terus memperkasa sektor ini melalui pelbagai sokongan serta inisiatif berterusan.
Inilah bukti keprihatinan dan kesungguhan Kerajaan MADANI dalam membela nasib petani tulang belakang sektor agromakanan negara.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
#BersamaMalaysiaku




7,12K
I was saddened to learn of the plane crash in Russia’s Far East. My thoughts are with the families who have lost their loved ones.
In times like this, we are reminded of how fragile life is, and how connected we all are, across distance and borders. It also reminds us that our shared humanity matters more than geopolitics.
Malaysia conveys its condolences to the Russian people. We stand in quiet solidarity with all who mourn.
ANWAR IBRAHIM
Photo: Russian Investigative Committee

16,05K
Petang ini, saya telah menghubungi Perdana Menteri Kerajaan Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Kerajaan Thailand Phumtham Wechayachai bagi menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap peningkatan ketegangan di sepanjang sempadan kedua-dua negara.
Dalam perbualan tersebut, atas kapasiti Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025, saya merayu kepada kedua-dua pemimpin agar segera melaksanakan gencatan senjata bagi mengelakkan konflik yang lebih buruk serta membuka ruang untuk dialog damai dan penyelesaian secara diplomatik.
Saya menyambut baik isyarat positif dan kesediaan yang ditunjukkan Bangkok dan Phnom Penh dalam mempertimbangkan perkara ini. Malaysia bersedia untuk membantu dan memudahkan proses ini atas semangat perpaduan ASEAN dan tanggungjawab bersama.
Saya amat yakin bahawa kekuatan ASEAN terletak pada solidaritinya, dan keamanan mesti sentiasa menjadi pilihan kolektif kita yang tidak berbelah-bahagi.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
///
This evening, I spoke with both the Prime Minister of the Kingdom of Cambodia, Hun Manet, and the Acting Prime Minister of the Kingdom of Thailand, Phumtham Wechayachai, expressing Malaysia’s deep concern over the escalation of tensions along their border.
In our conversations, in Malaysia's capacity as ASEAN Chair for 2025, I appealed directly to both leaders for an immediate ceasefire to prevent further hostilities and to create space for peaceful dialogue and diplomatic resolution.
I welcome the positive signals and willingness shown by both Bangkok and Phnom Penh to consider this path forward. Malaysia stands ready to assist and facilitate this process in the spirit of ASEAN unity and shared responsibility.
I firmly believe that ASEAN’s strength lies in its solidarity and that peace must always be our collective and unwavering choice.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja

81,39K
Peluncuran Sejahtera MADANI hari ini membuka lembaran baharu dalam pendekatan kita menangani kemiskinan dan miskin tegar. Ia menghimpunkan kekuatan sektor korporat dan swasta dalam usaha bersama kerajaan melalui intervensi pendidikan, peningkatan pendapatan, perumahan dan kebajikan.
Inisiatif ini adalah kesinambungan kepada usaha Kerajaan MADANI menoktahkan kemiskinan tegar. Sejak 2023, hampir 150,000 isi rumah berjaya keluar daripada kelompok miskin tegar dan harapan saya, menerusi Sejahtera MADANI, mereka ini dapat diangkat sepenuhnya daripada kepompong kemiskinan.
Alhamdulillah, sambutan korporat amat menggalakkan. Sasaran awal RM50 juta telah dilangkaui dengan komitmen mencecah RM120 juta sebelum pelancaran rasmi hari ini, mencerminkan kesediaan sektor swasta untuk memikul tanggungjawab sosial ini secara bersama.
Kerajaan akan terus menyelaras usaha ini. Sama ada sumbangan besar mahupun kecil, yang penting ialah keikhlasan dan kesanggupan untuk turun padang menyumbang masa, tenaga dan kepakaran demi kesejahteraan bersama.
Malaysia ialah negara hebat dengan rakyat yang berhati besar. Dengan semangat Sejahtera MADANI, marilah kita berganding bahu membina masa depan yang lebih adil, inklusif dan sejahtera tanpa meninggalkan sesiapa di belakang.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#BersamaMalaysiaku




9,86K
Tanggungjawab mengeluarkan fatwa merupakan tugas yang luhur dan penting dalam menjawab, menjelaskan hukum demi pencerahan dan kefahaman umat.
Perkara ini saya singgung semasa pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang diketuai Sahibus Samahah, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki Othman, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini.
Institusi fatwa perlu bergerak secara kolektif dengan fatwa yang ingin dikeluarkan adalah hasil dari perolehan maklumat, analisa mendalam terhadap sesuatu permasalahan dari golongan yang pakar dan berkelayakan.
Umat perlukan fatwa yang menepati realiti setempat dan juga zaman selain mewujudkan kemahiran baru untuk berinteraksi dengan permasalahan dan isu semasa supaya bagi manfaat umum.
Kami juga bertukar pandangan mengenai perkembangan ilmu khususnya hal ehwal fiqh, maqasid syariah dan ikhtiar mengukuhkan penyelidikan isu berkaitan fatwa.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja




16,45K
Pagi tadi saya umumkan harga RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter akhir September ini khusus untuk rakyat Malaysia, ketimbang RM2.50 harga pasaran. Inisiatif hasil penyasaran subsidi ini akan memanfaatkan lebih 18 juta rakyat termasuk belia, penunggang motosikal dan pengusaha gig.
Saya mohon maaf kerana janji ini mengambil masa untuk dilaksanakan. Ketika amanah ini dipikul, negara dibebani hutang tinggi dan ekonomi yang suram. Tapi saya tidak pernah berhenti berikhtiar menarik pelaburan, menjana peluang dan merintis jalan keluar.
Alhamdulillah, hari ini kita mulai tuai hasilnya. Insya-Allah, saya dan seluruh jentera Kerajaan MADANI akan terus berjuang memulihkan ekonomi untuk menjamin keselesaan dan mengangkat darjat setiap rakyat Malaysia.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#BersamaMalaysiaku
85,76K
Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Aset Digital dan Kecerdasan Buatan Bilangan 2 Tahun 2025 dan ia memberi tumpuan kepada masa depan aset digital dalam pasaran modal negara.
Antara agenda utama yang dibincangkan adalah berkaitan perkembangan teknologi blockchain, tokenisasi, kriptografi pasca-kuantum serta pelancaran Malaysia Blockchain Infrastructure (MBI) yang menjadi pemacu utama ekosistem digital negara.
Mesyuarat ini juga turut menjadi medan bertukar pandangan terkait trend pasaran global, potensi aset digital serta jangkaan prestasi masa hadapan berdasarkan perspektif teknikal daripada rakan strategik.
Kerajaan akan terus memastikan bahawa pelaksanaan tokenisasi dan aset digital adalah bersifat inklusif, memberikan manfaat yang menyeluruh kepada rakyat serta dikawal selia secara ketat bagi menjamin keselamatan dan kestabilan ekosistem digital negara.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja



17,7K
Saya tegaskan bahawa mulai Julai 2025, sejumlah 85 peratus pengguna domestik akan menikmati penurunan bil elektrik sehingga 14 peratus hasil semakan semula kadar tarif yang diumumkan sebelum ini.
Tidak benar tohmahan kononnya bil elektrik akan melonjak. Hakikatnya, bil elektrik turun. Alhamdulillah, ramai pengguna yang telah mula berkongsi bil elektrik masing-masing di media sosial dan melihat sendiri penurunan ini. Semaklah sendiri bil masing-masing, biar fakta menjawab segala fitnah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#BersamaMalaysiaku
12,56K
Mengikut perjanjian terdahulu, kadar tol bagi 10 lebuh raya sepatutnya naik tahun ini, namun Kerajaan MADANI tidak mahu rakyat terus terbeban.
Justeru, saya umumkan peruntukan lebih RM500 juta bagi memastikan kadar tol kekal dan tiada kenaikan.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#BersamaMalaysiaku
17,51K
Johtavat
Rankkaus
Suosikit
Ketjussa trendaava
Trendaa X:ssä
Viimeisimmät suosituimmat rahoitukset
Merkittävin